Friday, 7 December 2012

~~ PAKAIAN YANG CANTIK,....

~~~ Nabi Muhammad s.a.w telah diutuskan oleh Allah untuk membetulkan semula kehidupan manusia pada ketika itu bergelumang dengan amalan serta budaya hidup yang kotor dan sesat.Mereka bukan sahaja tidak berakhlak,malah sesat dan tandus dengan nilai-nilai perikemanusiaan yang  sepatutnya.Hal ini dijelaskan oleh Nabi dalam sabdanya yang bermaksud : " Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak ( budi pekerti yang mulia )."  ( HR Amad )

Hadis itu memperlihatkan betapa Islam meninitikberatkan soal pembina akhlak mulia dan terpuji.Ia hendaklah menjadi pakaian manusia setiap masa khususnya ke arah mewujudkan kehidupan yang sejahtera dan harmoni dalam keluarga,masyarakat dan negara.Akhlak merujuk kepada amalan perangai dan tingkah laku yang tulus ikhlas dan bukanlah boleh dibuat-buat.

Akhlak juga merujuk kepada sikap dan keperibadian manusia terhadap Allah,manusia,diri sendiri dan makhluk lain.Sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.Ini bererti akhlak merujuk kepada seluruh perlakuan manusia sama ada berbentuk lahiriah mahupun batiniah yng merangkumi aspek amal ibadah,perckapan,perbuatan,pergaulan,kominikasi,kasih sayang dan sebagainya.

Manusia itu dinilai pada akhlak dan peribadinya,maka seebgai individu muslim mudah sewajarnya kita berusaha untuk tampil sebagai insan berakhlak kerana itu sifat sebagai hamba Allah swt dan mukmin yang sebenar.

No comments:

Post a Comment