Tuesday 17 April 2012

♥ Solehah Bermadah.....

Solehah Bermadah
Andai diri ini yang kau suka,
Andai diri ini yang kau cinta,
Nyanyikan isi hatimu,
Agar bisa ku dengar merdu,
Tujuanmu, hasratmu, impianmu,
Suntinglah daku,
Jadikanku yang halal disisimu,
Agar terjagalah maruahku,
Agar dirimu jua diriku,
Tidak diulit indah pelukan sang nafsu,
Yang mengasyikan jiwa,
Membutakan mata,
Memekakan telinga,
Menyempitkan minda,
Menuju lembah binasa.

Solehah Bermadah
Jika hati sudah berkenan,
Tidak perlu tunggu-tunggu,
Datang saja ke wali ku,
Hamparkan tujuanmu,
Tidak perlu mengeluh,
Ahh, nak fikir itulah, inilah..
Ahh, duit belum cukup lagilah..
Ahh, sampai ke sudah tidak nikah!
Bukankah perkahwinan itu salah satu pintu rezeki,
Sunnah Rasulullah yang di rahmati,
Berkah duniawi akhirati,

Pada umat yang mencontohi.
Solehah Bermadah
Ku tak perlu intan permata,
Dijadikan mahar dihari bahagia,

Hantaran berbakul-bakul tersedia,
Dengan brand Gucci, Chanel, Dolce & Gabbana,
Bukan itu yang ku mahu!
Cukuplah yang ala kadar,
Seperti Rasulullah bermadah,
Sebaik-baik mahar adalah yang mudah,
Buatku cukuplah begitu,
Keberkatan jua dituju,
Agar bahagia bertaut selalu.

Solehah Bermadah
Hanya itu yang ku pinta,
Bercinta biarlah sampai ke syurga,
Dengan diiringi restu ayah bonda,
Hukum syariat biar terjaga,
Biar bahagia sentiasa,
Dengan pernikahan yang mulia,
Kau dan aku dirahmati jua.

Sunday 15 April 2012

♥ Semalam pertemuan...

Pertemuan daku,
Dengan dirimu,
Bagai sinar matahari pagi,
Tawa dan senda,
Menghiasi hari-hari kita,
Hingga tiada duka terasa,

Di bawah awan putih bersih,
Di lindungi langit biru,
Kita sering bersama,
Melangkah satu irama,
Pertemuan…..
Adalah satu kebahagiaan,
Memori bahagia yang abadi,
Yang tak mungkin padam,

Benar…
Semalam pertemuan,
Hari ini kita temui,
Kita lalui perpisahan,

Teman….
Saat kau pergi,
Terasa sayu shahdunya jiwa ini,
Bawaku dalam pelangi,
Tuhan pencipta alam semesta,
Khabarkan padanya,
Takkan daku melupakannya,
Dalam doaku,
Hanya doa diantara kita kan menyatu…..
(^__^)

Wednesday 11 April 2012

♥ Sombong & Buta Hati....




Kata - kata yang sungguh terkesan di hati saya...

Mudah -mudahan kita dapat muhasabah diri & saling ingat - mengingatkan

pada diri yang mudah lupa ini...

♥ Hargailah Ketika Masih Ade...huhuhuhu....


❤ Kalau dengan kekasih senang-senang sahaja sebut sayang..Tapi bila dengan ibubapa segan-segan pula
❤ Kalau dengan kekasih senang-senang sahaja berpeluk-pelukan..Tapi bila dengan ibubapa malu-malu pula
❤ Kalau dengan kekasih senang-senang sahaja ucap maaf..Tapi bila dengan ibubapa susah-susah pula
❤ Kalau dengan kekasih senang-senang sahaja ajak keluar..Tapi bila dengan ibubapa lebih suka mereka pergi sendiri pula
•••► Hargailah ibubapa selagi mereka masih ada.. Cintailah mereka lebih dari cintakan kekasih anda (^__^) ♥
P/S : Nak mengingatkan diri sendiri sebenarnya... ^_^'

♥ Apa Ada Pada Hari Ini...???




Termaktublah dalam sejarah buat kali keduanya Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menaiki tahta tertinggi negara kita yang tercinta ini. Disini saya kongsikan sedikit cerita tentang Tuanku.

Choooppppp!! Sebelum tu, saye nak mintak kawan2 semua tgk gambar kat atas ni... Siapakah gerangan Sultan yang kacak & bergaya di sebelah Duli Yang Maha Mulia ?.. Tidak lain dan tidak bukan adalah sultan kesayangan hambe.. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Sultan negeri Perak, negeri kelahiran hambe. Perghhh! bangge sungguih hambe... Upssss..!! Terlebeh sudaaa....
OK - OK... sambung balik cerita pasal Tuanku Yang Dipertuan Agong yang baru buat 2012... Sumber dipetik dari http://thestar.com.my/lifestyle/story.. Jom selam! Gedebushhh!

**********


Sultan Abdul Halim 84 tahun, diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.
Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.


Tuanku Halim mempunyai tiga orang anak dari perkahwinan baginda dengan Sultanah Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman – kembar Tunku Soraya dan Datuk Seri DiRaja Tunku Sarina, 51, dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, 45.

Tunku Sarina mangkat pada tahun 1991 manakala Sultanah Bahiyah mangkat pada tahun 2003 pada usia 73 tahun. Tuanku Halim berkahwin dengan Sultanah Haminah Hamidun pada bulan Disember 1975 dan diisytiharkan sebagai Sultanah pada bulan Januari 200

Pertama kali dalam sejarah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 ini ditabalkan buat kali kedua selepas menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 pada tahun 1970-1975 semasa berusia 43 tahun.


Baginda menyatakan kegembiraan kerana telah berkhidmat pada tahun 70-an apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri dan kini baginda kembali bertakhta untuk kali kedua semasa anak Tun Abdul Razak, Datuk Seri Najib pula menjadi perdanan menteri.

Dengan pertabalan Yang Di Pertuan Agong baru ke 14 ini, maka Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan memegang tampuk pemerintahan Malaysia bagi tempoh 5 tahun manakala Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.








DAULAT TUANKU..!!

Wednesday 4 April 2012

❤ Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah SAW......

Agar tak lalai pada Allah :


1.Jaga shalat 5 waktu,
2. Biasakan membaca basmalah saat akan memulai sesuatu yg baik.
3. Hapalkan do'a adab keseharian, seperti do'a sebelum masuk toilet dll..
4. Usahakan untuk selalu shalat tepat waktu.
5. Jangan biasakan berkata kotor dan kasar.
6. Bersikap lembutlah pada kawan dan lawan.
7. Jangan kikir.

(Muhammad al islam)

Follow twitter @QuranDanSunnah






·٠•●❤✿ Ya Allah, kurniakan kpd kami iman yg berkekalan, rezki yg berterusan & kemuliaan memasuki syurga bersama RasululLah ✿❤●•٠·

♥ Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)

Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)

Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.


♥ 4 Perkara yang wajib orang mukmin selesaikan sebelum tidur

1- Jangan kamu tidur jika kamu memiliki musuh kecuali setelah kamu mendapat keredhaan atau dihalalkan kerana kamu akan dituntut pada Akhirat nanti, apabila kamu tidur.

2- Jangan kamu tidur selagi kami belum menyelesaikan kewajipan kamu terhadap Allah SWT.

3- Jangan kamu tidur selagi kami merasakan kamu berdosa dan belum bertaubat terhadap dosa tersebut, sekira kamu mati kamu akan terus menanggung dosa tersebut.

4- Jangan kamu tidur selagi kami belum menuliskan wasiat kerana berkemungkinan kamu akan mati tanpa meninggalkan wasiat.

** Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 879.

Tuesday 3 April 2012

♥ Fakta atau Auta....

Assallammualaikum wrh wbh...



Baru sebentar tadi saya baru buka fb, then masuk satu group... terbaca title "Fakta or auta cerita pasal lelaki..!" tergerak hati nak baca habis.. saye pun baca sambil membayangkan skali... huhuhu.. terrer sungguh! hati bagai diketuk2 oleh kata2 dalam hati ni.. ucapan Alhamdulillah x putus2.. Insya Allah, abg totally different dari fakta yang dikatakan.. ternyata itu auta kan.. tapi dalam masa yang sama, x dapat disangkal juge ada ramai lg lelaki diluar sana yang baik2... mungkin apa yg termaktub oleh kata2 tersebut ditujukan buat segelintir lelaki yg kureng skit bab2 dapur.. Walau apa pun, marilah kita bersama2 berusaha menjadi kebanggaan buat pasangan masing-masing.. ^_____^ Berikut adalah article yg saya 'copy & paste'

FAKTA OR AUTA CERITA PASAL LELAKI...
 

• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nakbasuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan
main bising lagi.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,
sambil isap rokok plak…

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur
goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas
masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna
api yg kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah
satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak
oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika
makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada
kaum lelaki..

betul x?? hahahhahaha =D

(◠‿◠)


♥ Berdoalah....

‎"Tidak ada yang dapat menolak ketentuan

ALLAH kecuali Doa..."



❝..JANGAN bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN,

jika TIDAK mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN..❞


❝..JANGAN terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN,

jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..❞


❝..JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN,

jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIANNYA..❞


(^_________________^) v......

best lagu nie, emm sangat menyentuh jiwa juga

Apapun orang cakap pasal ko either tak puas hati or jelous aku tak kesah.. asalkan lagu ko best.. lagu ni satu2nya lagu melayu yang aku suka sangat dengar.. ko patut bersyukur tu hafiz.. hehehehe..

Thanks. Totally agree. Sya pun x fhm la, lepas AJL ramai x puas hati..dan serang video ni dan mane2 video hafiz yg lain.haha. Pastu maki2 pula video yg dihasilkan. Hmmm, bkn nk masuk p'tandingan video pun.hehe. Bt utk suka2. Tapi ade yg take serious atau sngaja nak memperlekehkan itu x tahulah. sampai dorang hilang sbrlah dgn maki makian ni, tp lps ni nak buat kering hati ja. Ape nak buat kan. :(

Monday 2 April 2012


Percintaan yang berakhir dgn perpisahan...

Besttt~~`layan hindustan malam ni....

Ye Shaam Mastaane.....lalalala..erm..erm

Asha Parekh & Rajesh Khanna.....




Masih kuingat lagi di zaman persekolahan ku dulu memang famous dengan lagu2
hindustan~~~~ sehingga menjadi siulan anak2 muda di sekitar tahun 70an.....
apatah lagi bila terpampangnya hero yang mengalunkan lagu2 semuanya hensem gilaaa...
tidak kurang juga heroin nya yang seksi2....ermmmmmmm..

Hanya tinggal kenangan..~~~~~~Al-Fatihah buat Allahyarham Latif Ibrahim ...

penyanyi yang paling ku minati sejak zaman remajaku lagi.

Puisi Sedih.?????