Thursday 29 November 2012

15 Amalan menghindar bala..

1- pastikan mempunyai akidah yang kuat ( beriman kepada Allah swt )

2-  Berjihad ke jalan Allah dengan penuh ikhlas..

3- Memerangi kemungkaran dann menegakkan makruf.

4- Berdoa kerana berdoa adalah senjata mukmin.

5- Menguatkan silaturrahim dengan umat islam.6- Memperbanyakkan sedekah.
7- Berkasih sayang sesama makhluk..

8- Memakmurkan rumah-rumah Allah.

9- Melakukan solat sunat dan solat tahajud.

10- Sentiasa bertaubat.

11- Bersyukur.

12- Memuliakan dan mengasihani anak yatim.

13- Sentiasa menghayati dan membaca al-Quran.

14- Berwuduk dan kekal dalam keadaan berwuduk  .

15- Berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.


BAGAIMANA CARA MENJAUHI DARIPADA BISIKAN SYAITAN ???

~~~ Kita tidak boleh mengelakkan diri sepenuhnya daripada bisikan syaitan tetapi kita mempunyai cara untuk menjauhi daripada hasutannya seperti :

>> Mengukuhkan keimanan kepada Allah kerana syaitan akan menggangu mereka yang lalai.

>> Sering mengingati Allah kerana syaitan akan mudah menghasut sesiapa yang lalai kepada-Nya.

>> Membaca al-Quran kerana ayat-ayat suci al-Quran adalah kunci menjauhi diri daripada hasutan syaitan.

>> Memperkukuhkan diri dengan ilmu kerana syaitan mudah mempengaruhi mereka yang jahil.

>> Jangan mengasingkan diri kerana syaitan mudah mempengaruhi orang yang sering menyisihkan diri.Umpama ternakan terpisah dengan kawannya lebih mudah dibaham harimau.

>> Kita harus pandai memilih kawan,bergaul dan bersahabat dengan orang yang baik kerana merek akan menasihati kita andainya kita membuaat salah.

>> Beramal dengan amalan yang soleh seperti berzikir ke atas nabi.

~~ Apabila kita mendengar bisikan malaikat,hati kita akan terima sesuatu yang baik dan terdorong ke arah kebaikan dan kita lebih dekat dengan Nya.

Jiwa yang bagaimana menjadi tumpuan syaitan ?...

>>> Apabila jiwa kita kotor,penuh dengan sifat mazmumh,jiwa kita akan kotor dan mudah mendengar hasutannya.Kualiti jiwa menjdi antara  faktor yang kita mudah dipengaruhi.Inilah kunci kepada syaitan untuk mendekati seseorang manusia.

>>> Apabila kita jauh dari al-Quran ( jarang atau tidak membaca al-quran ) kita akan senang dipengaruhi oleh bisikan syaitan.

>>> Syaitan akan mudah mempengaruhi mereka yang berkelakuan buruk.Antaranya suka berdusta dan suka melakukan dosa.

Wednesday 28 November 2012

6 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA.

Menerusi ayat yang di sebutkan, ramai ulama memetik hadis-hadis Rasulullah S.A.W
sebagai panduan untuk menentukan waktu mustajab berdoa. Antara waktu-waktu mustajab
yang pernah di sebut oleh Rasulullah S.A.W adalah seperti berikut:

~~Sepertiga malam terakhir.
~~Antara waktu azan dan iqamah.
~~Ketika sedang sujud di dalam solat.
~~Selesai menunaikan solat fardhu.
~~Ketika sedang berpuasa.
~~Pada malam lailatulqadar dan hari Arafah.

8 PENGHALANG DOA~~~~~~~~

@ Hati yang lalai ketika berdoa.
 
 @ Tidak yakin doa akan di makbulkan.

  @ Memutuskan silaturahim.

   @ Melakukan dosa dan maksiat.

   @ Putus harapan terhadap Allah.

   @Memperoleh sumber pencarian yang haram.

    @Tidak memulakan doa dengan pujiankepada Allah dan selawat.

    @ Tergesa-gesa mengharapkan doa dimakbulkan sehingga berputus asa.

Tuesday 27 November 2012

Maksud Al-Quran...

~~~ Quran dari segi bahasa bermaksud bacaan.Di dalam al-Quran sendiri duigunakan perkataan Quran dengan maksud demikian,iaitu dalam surah al-Qiyammah ayat 17-18," Sesungguhnya mengumpul al-Quran    ( di dalam dadamu ) dan ( menetapkan ) bacaannya adalah tanggungan kami.( Kerana itu ),Jika telah kami membacakannya,hendaklah kamu ikuti bacaanya."

Definisi al-Quran adalah : Kalam Allah s.w.t yang merupakan mukjizat yng diturunkan ( diwahyukan ) kepada Nabi Muhammad saw dan membacanya adalah satu ibadat.

Kalam Allah yang diturunkan kepada para nabi lain seperti Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s tidak dinamakan al-Quran.Begitu juga dengan kalam Allah seperti hadis Qudsi tidak dikira sebagai al-Quran,malah tidak dianggap ibadah jika membacanya...

~~ Assalamualaikum...

1- Ya Allah,lindungilah kami dari syaitan yang menghembuskan rasa was-was dan perasaan riak yang boleh melenyapkan pahala ibadah kami...

2- Ya Allah,lindungi kami dari syaitan yang berusaha merosakkan niat di dalam hati-hati kami,agar kami menyekutukannya dengan kepentingan-kepentingan lain,selain daripada - MU.

3- Ya Allah,lindungilah kami dari syaitan yang memperlihatkan kecantikan dan keindahan dalam perkara yang merosakkan.

4-  Ya Allah,lindungilah kami dari syaitan yang memperdengarkan perkara-perkara buruk dengan disulami irama merdu,asyik dan menggamit rindu melalaikan.

5- Ya Allah,lindungilah kami dari syaitan yang menginginkan lidah kami menyebut kata-kata nista dan dusta.


Sesungguhnya SYAITAN adalah musuh kami yang nyata.
Datangnya dalam pelbagai bentuk dan rupa,yang berada sangat dekat sehingga mengalir dalam salur darah kami.

Lindungilah kami Ya Allah ! Lindungilah kami agar kami terus berada di landasan MU,dan tidak terjerumus ke jalaan SYAITAN...Amin !!