Thursday 20 December 2012


 

Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu
dalam dadaku harap hanya diriMu
yang bertakhta... 



                                
Laukana bainana ya habib....

Friday 7 December 2012

~~ PAKAIAN YANG CANTIK,....

~~~ Nabi Muhammad s.a.w telah diutuskan oleh Allah untuk membetulkan semula kehidupan manusia pada ketika itu bergelumang dengan amalan serta budaya hidup yang kotor dan sesat.Mereka bukan sahaja tidak berakhlak,malah sesat dan tandus dengan nilai-nilai perikemanusiaan yang  sepatutnya.Hal ini dijelaskan oleh Nabi dalam sabdanya yang bermaksud : " Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak ( budi pekerti yang mulia )."  ( HR Amad )

Hadis itu memperlihatkan betapa Islam meninitikberatkan soal pembina akhlak mulia dan terpuji.Ia hendaklah menjadi pakaian manusia setiap masa khususnya ke arah mewujudkan kehidupan yang sejahtera dan harmoni dalam keluarga,masyarakat dan negara.Akhlak merujuk kepada amalan perangai dan tingkah laku yang tulus ikhlas dan bukanlah boleh dibuat-buat.

Akhlak juga merujuk kepada sikap dan keperibadian manusia terhadap Allah,manusia,diri sendiri dan makhluk lain.Sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.Ini bererti akhlak merujuk kepada seluruh perlakuan manusia sama ada berbentuk lahiriah mahupun batiniah yng merangkumi aspek amal ibadah,perckapan,perbuatan,pergaulan,kominikasi,kasih sayang dan sebagainya.

Manusia itu dinilai pada akhlak dan peribadinya,maka seebgai individu muslim mudah sewajarnya kita berusaha untuk tampil sebagai insan berakhlak kerana itu sifat sebagai hamba Allah swt dan mukmin yang sebenar.

~~ KEKAYAAN ADALAH YANG KAYA JIWANYA...

>>>  Jiwa yang kaya..

Jiwa yang kaya adalah lahir dari rasa redha dengan ketentuan Allah dan menyerahkan segala urusan hanya kepada-Nya.Kerana ia tahu bahawa apa daripada Allah adalah lebih kekal dan lebih baik.Kerana dia pilihan dan ketentuan Allah adalah terbaik buatnya.Dia juga redha dengan apa yang Allah berikan kerana dia yakin rezeki Allah tidak akan pernah habis.

Jiwa yang kaya adalah yang mengutamakan syariat dalam pengurusan hartanya.Ia lebih mengutamakan harta yang halal walaupun sedikit berbanding harta yang berlimpah-limpah,tetapi tidak pasti halal haramnya.Kerana ia lebih  yakin bahawa harta yang halal dn dicri mengikut syariat adalah lebih berkat.Maka saat itu,ia akan hidup dengan hati yang tenang dan jiwanya yang berbahagia.Pada ketika itu,ketenangan dan kemuliaan yang diterima adalah lebih berharga daripada segala perhiasan dan kekayaan di dunia.


>>> Jiwa yang miskin..

Jiwa yang miskin adalah jiwa yang tidak redha dengan ketentuan Allah,tidak pernah berasa cukup dengan apa yang Allah berikan.Bahkan sering meminta tambah dari mana sahaja yang ia boleh.Dan sekiranya apa yang dicari itu hilang atau tidak dipeolehi,ia akan bersedih dan berduka cita.Maka mereka itu bukan setakat miskin harta malah miskin juga hatinya.

Jiwa miskin juga adalah jiwa yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.Tidak pernah berasa puas dengan kesenangan yang diterima.Sentiasa sibuk untuk memenuhi nafsu dan mencari perhiasan dunia.Mereka kaya harta tetapi jiwanya miskin.

Jiwa yang miskin juga ialah yang sanggup mengadakan iman dan mendahulukan kekayaan berbanding larangan Tuhan.Kerana ia lupa bahawa yang memegang rezeki adalah Allah.Ia juga lupa bahawa kelak akan dtanya hartanya,ke mana  ia dibelanjakan dan dari man ia mendapatkannya.

" Lihat kepada mereka yang lebih rendah daripadamu dan janganlah melihat kepada mereka yang lebih tinggi daripadamu.Maka sesungguhnya ia sangat penting supaya kamu mempertikaikan nikmat Allah ke atas mu."
( Tirmizi,kitab sifat al-Qiyamah,No,2513 )....

~~ MESEJ DARIPADA ILAHI...

----> Sebuah negara yang menguji kekuatan pasukan tenteranya dan kehebatan senjata miliknya sebenarnya sedang msenyampaikan mesej kepada negara lain bahawa mereka kuat.Begitu juga musibah yang menimpa penghuna alam ini mesej tertentu daripada Allah..

~ Renungilah hikmah di sebalik musibah seperti tersebut.....

1. Melatih agar dapat bersabar..

2. Menyucikan hati daripada sifat-sifat tercela....

3. Menguatkan iman seseorang muslim..

4. Agar manusia dekat dengan Allah...

5. Mungkin Allah rindu dengan rintihan hambanya.

6. Supaya darjat umat ditingkatkan

7. Musibah juga ditimpa akibat manusia memutuskan hubungan Allah.

8. Supaya manusia dapat mengambil pengajaran musibah tersebut.Allah berfirman : " Dan sesungguhnya kamui telah menghukum ( Firaun ) kaumnya dengan ( mendatangkan ) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan supaya mereka mengmbil pengajaran."

9. Musibah menguji tahap iman seseorang.

10. Indikator bahawa Allah maha perkasa dan manusia pula ialah hamba yang sangat lemah dan tidak berdaya lari daripada musibah.

11. Bagi menjadikan doa dan taubat itu betul-betul.Manusia yang baru ditimpa musibah berada dalam keadaan yang lemah dan berharap dihadapan pencipta-Nya.Ini membolehkan doa dan taubat yang tulus.

12. Membangkitkan orang yang diuji daripada kelalain atau terlalu fokus pada nikmat dunia.

13. Kadangkala orang yang ditimpa musibah akibat perbuatan orang lain.Keadaan ini dikira orang teraniaya,maka Allah telah merahmatinya dan mengurniakan doa yang dimakbul.

14. Musibah sumber pahala dan kebaikan.

15. Musibah menunjukkan bahawan dunia ini hina tiada apa-apa.Jika dibandingkan dengan akhirat.Dunia ialah hanya jambatan ke syurga atau neraka.

16. Sesungguhnya pilihan Allah adalah pilihan terbaik berbanding pilihan seorang hamba.Begitu juga musibah,ia adalah pilihan Allah buat hambanya.

17. Kadangkala manusia tidak tahu akibat sesuatu perbuatan.Dengan adanya musibah,manusia dapat mempelajari sesuatu iaitu ' akibat '.



Saturday 1 December 2012

♥ Sepetang bersama Zikri dan Ana di teratakku...



Semalam aku dalam keluh kesah mengenangkan perancangan ku untuk mengadakan majlis tahlil arwah suami .........bila tarikh telah ku tetapkan ..bermulalah episodku untuk menjemput tetamu pada 2/12/12malam isnin nanti.....setelah semua kawan-kawanku telah ku sms terringat pulaku pada Ana teman baikku....erm~~~~~~ ape lagi aku pun terus sms dia di waktu semua tengah di ulit mimpi...aku masih lagi dgn teleponku.......aahh..tak per lah ape nak buat lagi...mata pun belum ngantuk ...aku meneruskan kerja2 yang belum tentu bila selesainya.........
 Pagi yang indah ku mengatur langkah menguruskan anak2....sehingga dapat panggilan telepon dari Ana ...rupe2nya nak datang kerumahku bersama temannya ...Zikri kawan seperjuangan arwah suamiku ....tepat kul 2.30 ptg mereka sampai.....ermmm.....seronok mendengar celoteh Ana....memang periang orangnya...membuatkan aku terhibur seketika....ermm...bila agaknya akan datang lagi aku pun tak tau...tapi kami berjanji akan berjumpe selalu.....bila masa menginzinkan..InsyaAllah.


Bersama Ana .....kunjunganmu kerumahku memang begitu megembirakan..seronok sangat berbual dgn Ana..
semua kesedihan dan kerianganmu semua akulah yang paling menjadi pendengar setiamu.....ermmm...
semoga kita berjumpe lagi di lain masa....ada masa kita jumper yer.....