Friday 7 December 2012

~~ MESEJ DARIPADA ILAHI...

----> Sebuah negara yang menguji kekuatan pasukan tenteranya dan kehebatan senjata miliknya sebenarnya sedang msenyampaikan mesej kepada negara lain bahawa mereka kuat.Begitu juga musibah yang menimpa penghuna alam ini mesej tertentu daripada Allah..

~ Renungilah hikmah di sebalik musibah seperti tersebut.....

1. Melatih agar dapat bersabar..

2. Menyucikan hati daripada sifat-sifat tercela....

3. Menguatkan iman seseorang muslim..

4. Agar manusia dekat dengan Allah...

5. Mungkin Allah rindu dengan rintihan hambanya.

6. Supaya darjat umat ditingkatkan

7. Musibah juga ditimpa akibat manusia memutuskan hubungan Allah.

8. Supaya manusia dapat mengambil pengajaran musibah tersebut.Allah berfirman : " Dan sesungguhnya kamui telah menghukum ( Firaun ) kaumnya dengan ( mendatangkan ) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan supaya mereka mengmbil pengajaran."

9. Musibah menguji tahap iman seseorang.

10. Indikator bahawa Allah maha perkasa dan manusia pula ialah hamba yang sangat lemah dan tidak berdaya lari daripada musibah.

11. Bagi menjadikan doa dan taubat itu betul-betul.Manusia yang baru ditimpa musibah berada dalam keadaan yang lemah dan berharap dihadapan pencipta-Nya.Ini membolehkan doa dan taubat yang tulus.

12. Membangkitkan orang yang diuji daripada kelalain atau terlalu fokus pada nikmat dunia.

13. Kadangkala orang yang ditimpa musibah akibat perbuatan orang lain.Keadaan ini dikira orang teraniaya,maka Allah telah merahmatinya dan mengurniakan doa yang dimakbul.

14. Musibah sumber pahala dan kebaikan.

15. Musibah menunjukkan bahawan dunia ini hina tiada apa-apa.Jika dibandingkan dengan akhirat.Dunia ialah hanya jambatan ke syurga atau neraka.

16. Sesungguhnya pilihan Allah adalah pilihan terbaik berbanding pilihan seorang hamba.Begitu juga musibah,ia adalah pilihan Allah buat hambanya.

17. Kadangkala manusia tidak tahu akibat sesuatu perbuatan.Dengan adanya musibah,manusia dapat mempelajari sesuatu iaitu ' akibat '.

No comments:

Post a Comment