Thursday, 29 November 2012

BAGAIMANA CARA MENJAUHI DARIPADA BISIKAN SYAITAN ???

~~~ Kita tidak boleh mengelakkan diri sepenuhnya daripada bisikan syaitan tetapi kita mempunyai cara untuk menjauhi daripada hasutannya seperti :

>> Mengukuhkan keimanan kepada Allah kerana syaitan akan menggangu mereka yang lalai.

>> Sering mengingati Allah kerana syaitan akan mudah menghasut sesiapa yang lalai kepada-Nya.

>> Membaca al-Quran kerana ayat-ayat suci al-Quran adalah kunci menjauhi diri daripada hasutan syaitan.

>> Memperkukuhkan diri dengan ilmu kerana syaitan mudah mempengaruhi mereka yang jahil.

>> Jangan mengasingkan diri kerana syaitan mudah mempengaruhi orang yang sering menyisihkan diri.Umpama ternakan terpisah dengan kawannya lebih mudah dibaham harimau.

>> Kita harus pandai memilih kawan,bergaul dan bersahabat dengan orang yang baik kerana merek akan menasihati kita andainya kita membuaat salah.

>> Beramal dengan amalan yang soleh seperti berzikir ke atas nabi.

~~ Apabila kita mendengar bisikan malaikat,hati kita akan terima sesuatu yang baik dan terdorong ke arah kebaikan dan kita lebih dekat dengan Nya.

No comments:

Post a Comment