Thursday, 31 October 2013

Sayangi Diri Sendiri & Tenang

Ceramah Perdana Di Singapura.

Macam mana nak jadi orang yang tenang?
  1. Bersangka baiklah dengan Allah dan Qonaah - syukur dengan apa yang Allah telah anugerahkan pada kita. jangan pandang pada apa yang org ada. Buruk baik pasangan kita adalah yang terbaik untuk kita. Jika ada masalah ape2, atasinya dengan akal. Cth jika isteri berleter, jgn bagi isteri penat.
  2. Bersabar dengan apa yang Allah beri dan hargai org yang dikeliling kita. Sebut alhamdulillah selalu. walau apa yang kita kurang, orang lain lagi teruk dari kita. belajarlah untuk redha. semuanya ada hikmah. Cth kencing manis, bila dah bangun tengah malam untuk buang air sebenarnya Allah dah mudahkan kita untuk Qiamulail dan qada' solat. Ia bukan tanda Allah benci, tapi Allah beri kita peluang. Lihatlah dengan mata hikmah.Cth yang kedua, cerai. Jika berlaku jangan sedih. Semuanya Allah dah aturkan. Itu yang terbaik dan mungkin Allah nak gantikan yang lebih baik. Itulah dinamakan jodoh.
  3. Buatlah sesuatu yang menyentuh jiwa dan yang terbaik. Orang akan rasa tenang dengan kita. Jangan mengharapkan balasan orang. Buatlah baik walau dengan kanak2 dan haiwan sekalipun. Kenalah baik hati sebab kita perlukan doa orang, cth : bersedekah. Jangan pandang rendah pada hikmah sedekah. Benda ni akan kita perlukan semasa kita mati nanti. Orang akan doakan kita nanti. Belajarlah ilmu 'balaghah' - ilmu memahami orang. Cth kalau orang merajuk, kita kena tahu. Belajarlah pujuk. Contohilah Rasulullah.
  4. Bersangka baiklah. Senyumlah dan berilah salam.
  5. Ziarahlah orang yang tidak pernah menziarahi kita. Jadilah orang yang pertama dan terakhir balik bila dia ditimpa musibah. Berilah semangat pada dia.
  6. Memberi pada orang yang tak pernah beri pada kita. Cth beri makanan pada jiran. Jangan lah bersangka buruk walau apa pun yang jiran beri pada kita.
  7. Berwuduklah kerana dengan berwuduk dia akan pandang yang baik2. Tak pandang seperti lalat, jadilah seperti lebah, hanya cari yang baik dan pulang membawa madu. Perkataan kita pun akan ucap yang baik2 sahaja. hatinya pun akan baik, dan mudah memaafkan. Janganlah menahan marah dalam hati. Bersihkanlah hati jika tidak kita akan stress. Kadang2 kucing yang pandang dia masa tgh makan pun kena marah. Itu sebab hatinya busuk.
  8. Berdoalah untuk istiqomah dalam hati sebab bukan senang nak jadi orang baik siang dan malam. Hati kita akan terus digoda kerana Allah dah sebut syaitan itu adalah musuh yang nyata. Dia akan sebabkan kita suka benda yang x elok dan benci pada perkara yang baik. Buatlah apa sahaja kerana Allah. Bukan kerana suami atau orang lain kerana mereka tak boleh beri apa2 pada kita. Lihat maksud zikir penenang hati :  
Hasbi Rabbi Jallallah
( Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung )

Mafi Qalbi Ghairullah
( Tiada di dalam hati ku kecuali Allah )

Nur Muhammad Sallallah
( Cahaya Muhammad selamat atas NYA )

Haqqul Laillahhaillallah
( Benarlah tiada Tuhan selain Allah )

Dicatat oleh : Cintakitadisini

No comments:

Post a Comment