Tidak cukup tidur boleh meningkatkan risiko anda untuk angin ahmar (strok) dan serangan jantung.
Itulah penemuan para penyelidik Britain yang menganalisa data yang
diperoleh dari lebih daripada 470,000 orang dari lapan buah negara,
termasuk Amerika Syarikat.
“Jika anda tidur kurang daripada enam jam semalaman dan mengalami
tidur yang terganggu, anda 48 peratus lebih berkemungkinan untuk
mendapat atau mati kerana sakit jantung dan 15 peratus lebih kemungkinan
untuk mendapat atau mati kerana strok,” kata Dr. Francesco Cappuccio,
dari Warwick Medical School di England, seorang pengarang bersama
penyelidikan tersebut, dalam hebahan berita di University of Warwick.
“Corak tidur lewat malam dan bangun awal pagi sebenarnya adalah bom
jangka untuk kesihatan kita, jadi anda kena bertindak sekarang untuk
mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit yang mengancam nyawa
ini,” beliau menambah.
Dr. Michelle Miller, penulis bersama kajian dengan Dr. Cappuccio,
menjelaskan dalam hebahan berita itu yang “tidur sebentar kronik
menghasilkan hormon-hormon dan bahan kimia dalam badan yang meningkatkan
risiko untuk mendapat penyakit jantung dan angin ahmar , dan keadaan
lain seperti tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kencing manis dan
obesiti.”
Kajian itu telah diterbitkan pada 8 Febuari dalam European Heart Journal.
Segala pergelutan hidup/kerja dalam kehidupan hari ini menyebabkan
ramai dari kita menukarkan masa tidur yang berharga dengan bekerja untuk
memastikan kita siap semua kerja yang diberikan kepada kita.
“Tetapi dengan berbuat demikian” kata Dr. Cappuccio, “kita
meningkatkan risiko mendapat strok atau penyakit kardiovaskular yang
mengakibatkan, contohnya serangan jantung.”
Mendapat tujuh jam tidur semalaman melindungi kesihatan dan
mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit kronik, nasihat beliau.
P/s : Sayangi jantung anda
Petikan ini diambil di - http://www.nizarazu.com...