Thursday, 12 July 2012

24 PERKARA JANGAN DI LAKUKAN~~~

•  Jangan sengaja lewatkan solat, ia tidak di sukai ALLAH SWT.

•  Jangan ke bilik air tanpa alas kaki (selipar)...di kuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

•  Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing..Makruh kerana ianya membahayakan.

•  Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah di gunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

• Jangan tido selepas solat subuh,..nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi membuka pintu berkat.

• Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan . Nanti makanan yang di makan adalah dari muntah syaitan.

•  Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan .   Makruh dan mewarisi kepapaan.

•  Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebaikan atau kebajikan . Takut-takut mati dalam perjalanan.

•  Jangan biar mata liar di perjalanan nnanti hti kita gelap di seliputi dosa.

•  Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

•  Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolih datang bila-bila masa.

•  Jangan Ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu dan bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

• Jangan mengumpat rakan dan taulan nanti rosak silaturrahim.

• Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH dalam setiap kerja.Nanti sombong bila berjaya dan kecewa bila gagal.

• Jangan bakhil untuk bersedekah , sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

• Jangan byak ketawa nanti mati jiwa.
• Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepad kita.

• Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat di makbulkan ALLAH.

• Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat lebih utama kekal selama2nya.Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

• Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

• Jangan merokok dan mengasapkan kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

• Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.dan salam ketika masuk kerumah di kuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

• Jangan memakai tangkai kerana ALLH tidak sempurnakan agama pemakainya ( di khuatiri bergantung kepada tangkal , bukan kepada ALLAH).

• Jangan pertikai kenapa ISLAM berkata JANGAN sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui.

(^_________^)


No comments:

Post a Comment