Thursday, 12 July 2012

24 PERKARA JANGAN DI LAKUKAN~~~

•  Jangan sengaja lewatkan solat, ia tidak di sukai ALLAH SWT.

•  Jangan ke bilik air tanpa alas kaki (selipar)...di kuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

•  Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing..Makruh kerana ianya membahayakan.

•  Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah di gunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

• Jangan tido selepas solat subuh,..nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi membuka pintu berkat.

• Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan . Nanti makanan yang di makan adalah dari muntah syaitan.

•  Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan .   Makruh dan mewarisi kepapaan.

•  Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebaikan atau kebajikan . Takut-takut mati dalam perjalanan.

•  Jangan biar mata liar di perjalanan nnanti hti kita gelap di seliputi dosa.

•  Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

•  Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolih datang bila-bila masa.

•  Jangan Ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu dan bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

• Jangan mengumpat rakan dan taulan nanti rosak silaturrahim.

• Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH dalam setiap kerja.Nanti sombong bila berjaya dan kecewa bila gagal.

• Jangan bakhil untuk bersedekah , sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

• Jangan byak ketawa nanti mati jiwa.
• Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepad kita.

• Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat di makbulkan ALLAH.

• Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat lebih utama kekal selama2nya.Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

• Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

• Jangan merokok dan mengasapkan kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

• Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.dan salam ketika masuk kerumah di kuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

• Jangan memakai tangkai kerana ALLH tidak sempurnakan agama pemakainya ( di khuatiri bergantung kepada tangkal , bukan kepada ALLAH).

• Jangan pertikai kenapa ISLAM berkata JANGAN sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui.

(^_________^)



Sempena Ramadhan yang tidak berapa lama lagi yang akan muncul marilah kita

sama2menghayati ceramah dari Ustaz Kazim ~~~semoga sedikit sebanyak dapat

mengajar kita kearah kebaikan...InsyaAllah..




(^_______^)

Monday, 9 July 2012

~~~ Naskah Cinta ~~~

Naskah Cinta
Bersama kita bina mahligai cinta ini,
Dengan berbatukan keikhlasan,
& bertiangkan kejujuran…utuh…
Inilah rahsia mahligai cinta kita,
walau sudah berabad usia…cantiknya tak luntur,
kau lah raja di hati isteri,
pendamping yang setia khidmat,
mengeluh tidak pernah terluah,
jauh sekali mengungkit jasa,
biarpun ribut hadir menghakis keikhlasan,
& taufan melanda meruntuhkan tiang kejujuran,
Namun badai itu  persis hiasan mahligai kita,
Suamiku, kekasihku, sahabatku,
Setelah ku serahkan jiwa ini hanya pada ILAHI & kekasih-Nya,
Kau lah satu-satunya lelaki yang bertahta di hati ini,
Tiada yang lain hanya kau kekasih ku..
Cintaku pada mu bagai kasihnya pantai pada laut,
Biarpun laut bergelora rakus & ombak menghempas ganas,
Namun setia pantai tetap di sisi laut,
Dan ku tahu cinta kau pada ku,
Seperti  huruf-huruf yang terpatri dalam kitab,
Tak akan pudar & lenyap,
Suamiku,
Telah tercatat di Luh Mahfuz yang kau akan pergi dulu,
Sebelum sempat menatap senyum ku buat terakhir kali,
Kau tak lagi di sisi meniti senja bersamaku,
Hati yang sayu kini kian pilu,
Ku pahatkan doa ketika siang & malam…ketika jaga mahupun lena,
Tak akan putus…ku mohor agar kau tenang dalam penantian,
Penantian seorang hamba yang kerdil mengadap Pemilik nyawanya,
Suami ku,
Kan ku hadiahkan senaskah cinta bacaan kalam suci,
Ku seru rindu ini dengan al-ikhlas,
Tanda aku masih mencintai mu,
Sambutlah kiriman ini buat peneman diri mu,
Biarpun jasad mu  jauh di dasar bumi,
Namun hati mu ku semadikan indah di kamar hati ini,
Ku genggam erat semangat mu sebagai bekalan demi memelihara cinta kita,
Dan menjaga amanah mu anugerah Ilahi buat kita,
Berakhirnya riwayat citra cinta kita di dunia,
Ku simpan kitab cinta ini biar menjadi sejarah indah sepanjang bersama hayat mu,
Kerana diri mu tiada pengganti…
Sabar ku menanti saat kita diketemukan semula,
Bertemu di Raudha impian,
Demi mencoret kembali lembaran indah naskah cinta kita….
Ya Robbul ‘izzati perkenankanlah doa ku,
Jadikan ku bidadari Taman MU..aku ingin damping suami yang budiman ini…
' ~~~~~~ '

( Kucoretkan Buat Arwah Suamiku )